Menjana ekonomi negara sampai dia koyak, lusuh atau diconteng.
1. Kehidupan and putaran nota RM1.00 yang tiada akhirnya
- kamu ada RM1.00 dan belanja di kedai runcit.
- Pekedai runcit gunakannya untuk membeli kuih di kedai sebelah.
- pekedai disebelah gunakannya untuk membeli sayur.
- penjual sayur pula guna untuk membayar upah pemandu lori.
- Pemandu lori terus gunakannya untuk minum teh tarik di kedai tepi jalan.
- pekedai di tepi jalan belanjanya di pemborong barangan..…
Kitaran RM1.00 terus berpusing sehingga tidak ada siapa pun yang pernah pegang tahu ke mana pegi wang RM1.00 itu tadi….dan dia tidak akan mati biar pun dia pernah masuk kedalam masin basuh tanpa disedari. Dia akan bertukar tangan mungkin beratus kali atau beribu kali dalam setahun sebelum dia jadi koyak, rosak atau diconteng…kalau ini berlaku, dia akan masuk ke bank negara untuk gantian…maka tamatlah riwayat wang RM1.00 itu tadi yang mempunyai normbor siri yang unique, tetapi nilai dia tetap hidup diatas wang RM1.00 gantian dari bank negara.
Dalam Bahasa mudahnya: RM1.00 bukan Sahaja wang, tetapi TENAGA. Dia tidak ada permulaan dan juga tidak ada penghujungnya – dia sentiasa dilahirkan semula melalui pertukaran tangan.
TETAPI, ita setengah Sahaja ceritanya sebab ada wang yang bertukar tangan dalam system yang tidak rasmi – iaitu Sistem tersembunyi (illegal system)
1. Pusingan tidak rasmi
- di Pasar malam : Tunai Sahaja, mesti terkeluar dari jaringan cukai
- Kedai kopi yang lama: RM1terus masuk kedalam poket dan tidak masuk kedalam POS machine.
- Berjual-beli dikampung secara barter – Trade / Tukaran hasil: “RM1 sayur dengan tukaran buah durian
- Tips, duit kopi, duit rokok: contoh upah kerja yang dibayar dengan benda lain
Disini, RM1 macam duit kepercayaan — dia berputar sebab orang percaya kepada pembeli / penjual.
2. Pusingan Bayangan
- Kadang-kadang RM1 digunakan untuk transaksi haram seperti nbeli nombor ekor haram, deal bawah meja atau penjualan barangan haram seperti rokok haram
- Pusingan ini masih sokong perkerjaan dan perbelanjaan tetapi berpusing diluar system kerajaan
- Tetapi pada satu Ketika, dia akan meresap masuk Kembali kedalam system ekonomi yang rasmi setelah berpusing diluar pusingan.
3. Kedua-dua jenis pusingan ini penting juga…
- Sistem yang rasmi – menyokong asas percukaian untuk Pembangunan infrastructure seperti padang sukan, hospital, jambatan, jalanm, sekolah dan seumpamanya
- Sistem yang tidak rasmi atau haram – sebagai enjin untuk kehidupan orang-orang yang dianggap kelas bawahan dan ada juga tokay-tokay besar dimana tidak pergerakkan RM1.00 tidak berpusing melalui Bank atau e_wallet.
Secara ringkasnya, : RM1 dalam pusingan rasmi membangunkan ekonomi negara tetapi yang tidak rasmi membangun “ekonomi pasaran kaki-lima”..kedua-duanya penting dan kedua-duanya berpusing tanpa henti.

4. Pusingan Wang Haram
Kalau ikut mana ada wang yang haram – tetapi ini berkaitan dengan kegiatan haram yang memerlukan pertukar wang dari tangan ke tangan. – Illegal Money Cycle,
Jenis-jenis punca wang haram :- dadah, perjudian yang tidak berlesen, rasuah, curi, elak cukai, kegiatan menyeludup, barangan tiruan dan sebagainya. Pertukaran biasanya dibuat secara tunai untuk mengelak jejak kegiatan haram. Kemasukkan wang haram kedalam system rasmi biasanya melalui berbagai transaksi (Tunai) seperi melalui perdagangan yang sah, pembayaran gaji perkerja buruh kasar, membeli belah, membeli harta dan lain lain.
Penukaran wang tunai haram kepada wang tunai rasmi – clean assets. Dari situ, dia akan berputar didalam system ekonomi yang sah. Biasanya dipanggil “Money laundering”..atau pembersihan wang haram
Kalu sudah masuk kedalam system putaran rasmi, wang RM1.00 mungkin akan menjadi asas untuk menjalankan kegiatan haram sekali lagi- dia akan berputar tanpa henti.
5. Impak kepada Ekonomi dan Sosial
Mengecilkan asas percukaian – mengurangkan pendapatan Kerajaan untuk membangunkan negara
Menggangu system pasaran – Wang haram boleh menaikkan harga harta seperti rumah dan bangunan dimana ini akan merosakkan peluang orang yang berdagang secara adil dan jujur.
Merangsangkan rasuah dan keganasan – dimana keuntungan dari kegiatan haram sangat tinggi boleh melemahkan peranan penguatkuasa dan kegiatan sosial.
Melemahkan Instituisi – Kekuatan kegiatan “ekonomi bayangan” ini boleh menggangu, merosakkan dan melunturkan kepercayaan terhadap bank-bank, system undang-undang dan penguatkuasa undang-undang.
Kelonjakkan ketidakseimbangan kewangan boleh mengugatkan sektor-sektor tertentu seperta sektor hartanah.
Cara-cara untuk mengatasi masaalah ketidakkeimbanag ekonomi disebab kan oleh “Shadow Economy” – ini hal lain ..biar pihak-pihak berkaitan dan Kerajaan cari jalan untuk meminimakannya.