
Pada 25hb February 2018, kumpulan jungle trekking kami mempunyai seramai lebih kurang 30 orang yang tidak pernah gagal untuk menerokai hutan belantara pada setiap hari minggu…dulu-dulu lah, bukan hari ini. ..kumpulan ini belum dibubarlagi tapi tidak masuk ke hutan macam dulu-dulu sebab beberapa orang kawan sudah tidak larat lagi dan ada yang sudah menetap dinegara luar.
Sekurang-kurangnya lebih sepuluh orang akan membuat “kerja trekking” ini pada setiap hari minggu sekiranya ada rakan-rakan yang tidak dapat ikut serta. Inilah “kerja” yang palin “syiok” dalam kehidupan harian kami menerokai hutan belantara, melalui “jalan” yang tidak pernah dilalui oleh manusia (selalunya) tapi mesti pernah dilalui oleh binatang hutan dan ular.

pagi-pagi saja kami akan berkumpul di kedai kopi untuk serapan pagi sebalum jam 7.30 sebelum memulakan perjalanan kami. kami terdiri daripada kakitangan awam, syarikat-syarikat, ahli perniagaan, peguam, suri rumah dan macam macam latar belakang.
Pada 25hb February 2028, kami telah menerokai atau trek punca air dikaki Gunung Jagoi yang merupakan punca air kepada Kampung Jagoi Duyoh. Kampung Jagoi Duyoh telah menggunakan air ini sejak berzaman sebelum wujudnya jalan-raya yang ber-tar. Dulu-dulu orang kampung akan mengangkut air dengan baldi atau apa-apa bekas termasuk bekas yang diperbuat daripada buluh.
Tidak lama kemudan, mungkin 30-50 tahun selepas itu, datangnya kemajuan dan teknologi dimana batang paip PVC atua Poli paip yang mampu dibeli oleh kerajaan, maka terjadinya sumber air dikenali sebagai Sistem Bekalan Air Graviti (Graviti Feed water system). Sistem ini bukan saja diguna di kampung sistem bekalan air seperti ini berada di mana-mana kampung di Sarawak yang ada sumber airnya lebih tinggi lokasi dari kawasan kampung.











Sumber Air & Kepentingannya
- Sistem Bekalan Air Graviti – sistem ini memerlukan sumber air dikawasan yang lebih tinggi dari kawasan kampung. Kalau sumber air ini sama tinggi atau lebih rendah dari kawasan kampung, sistem ini tidak akan boleh dibuat.
- Bagaimana paip dipasang dan diselenggara oleh orang kampung – Ditempat yang tinggi dimana sumber air itu mengalir, satu empangan kecil atau empangan yang sesuai saiznya dengan batang sungai atau sumber air akan dibuat, dan batang-batang paip sebesar 4 – 5 inci untuk menyalur air ke kampung dan akan dikecilkan ke 3/4 inci atau 1 inci untuk bekalan ke rumah-rumah.
- Cabaran sistem air graviti – air keruh ketika hujan, tersumbat atau batang paip patah atau rosak akibat ditimpa pokok kalau pokok tumbang atau kerosakkan oleh akar-akar kayu dan sebaginya. Kerja-kerja pembaikan adalah secara bergotong royong atau membaiki sendiri.
Sumber air seperti ini, lebih baik dari sumber air mineral botol atau air terlawat dari bandar, pada masa lalu. Kenapa dia lebih baik atau berkualiti ?- sebab tidak dicemar oleh kalorin dan bahan-bahan kimia. Walaubagaimana pun, untuk digunakan sebagai air minuman dan masakan, air perlu dimasak atau ditapis. Tetapi kini, banyak aktiviti diatas atau diulu sungai gunung merosakkan qualiti airi graviti. Sumber air graviti ini boleh kering atau hilang sekiranya terdapat banyak pengunaan hutan semulajadi yang diterokai sebagai kebun-kebun disekeliling gunung. Kawasan ini perlu dijaga dan dikawal dengan rapi supaya tiada kerosakkan keatas, kebawah mahupun disekeliling kawasan sumber air seperti ini.
Pengalaman Trekking ke Gunung Jagoi



- Kenangan peribadi dan kawan-kawan – perjalanan 4–5 jam mendaki dan meredah sungai gunung ini memberi kenangan yang agak unik sebab tidak pernah meredah sungai gunung sampai ke lobang air – detik permulaan sungai terjadi. Biasanya kita meredah tepi sungai ditempat rata sahaja. Dulu-dulu semasa kecil kecil, kita tidak akan berani meredah sumber sungai yang mengalkir dari atas gunung sebab didalam pemikiran kita akan ada “penunggu” diatas sana…kepercayaan kuno!.
- Suasana denai (lorong atau laluan sempit) teduhan pokok hutan, cerun licin, sungai kecil dan berbatu. Kita berjalan didalam laluan sungai yang sempit, air terjun yang kecil-kecil.
- Cabaran hebat – nasib baik dihutan itu tidak dihuni oleh pacat-pacat atau lintah sungai, cuma jalan becak didalam sungai, tanah berpasir dan tanah kuning dan memerlukan tenaga yang banyak untuk melalui sungai sempit menaik ke atas gunung. Serupa juga semasa pulang ke tempat permulaan, perjalanannya, jalannya menurun dan terasa kaki & lutut boleh bergetar. Mungkin bahan bakar didalam sistem badan mula berkurangan – kehilangan tenaga.
- Ganjaran selepas penat lelah – sampai saja ke tempat permulaan, berakhir, kawan-kawan terus menyelam dan mandi di kolam semula jadi yang airnya sejernih-jernih air mata, sejuk dan bersih.
Dulu vs Sekarang: Renungan
- Bezanya air semula jadi yang sejuk dan segar dengan air terawat moden – Berdasarkan Logik Akal / Common sense, air semulajadi macam sumber dari gunung sepatutnya lebih mesra kepada tubuh badan kita. Ini oleh kerana, contohnya Mineral Water didalam botol, air ini bukan semata-mata untuk minuman manusia tetapi terjadi oleh kerana objektif utama para pembekal ialah untuk mengaut seberapa banyak keuntungan. Kita pun tidak tahu kandungan sebenar air itu biarpun mempunyai label-label tertentu…mungkin semuanya tipu helah sahaja. Lagipun bekas plastik tidak sesuai untuk menyimpan air minuman terutamanya bila ia selalu terdedah kepada cahaya panas.
- Generasi muda hari ini – dari pandangan saya selama ini, masih terdapat ramai generasi muda hari ini menghargai aktiviti meredah hutan atau jungle trekking seperti ini dan isu-isu berkaitan sumber air gunung. Di kawasan ini, terdapat organiasi dinamakan Bung Jagoi Heritage / Bung Jagoi Heritage Conservation Area yang anggotanya terdiri dari anak-anak muda dikawasan ini, untuk “menjaga” kawasan Gunung Jagoi. ini bermaksud generasi sekarang sedar betapa pentingnya untuk menjaga kawasan seperti ini, dan juga bermaksud mereka amat menghargi pengalaman aktiviti trekking seperti ini.
- Kalau merenungkan aktiviti trekking itu, terasa inigin lagi meredah dan trek tempat itu sekali lagi.
- Simbolik sungai ini — warisan, survival, kesederhanaan kehidupan orang-orang dikawasan ini termasuk saya sebab saya sendiri berasal dari tanah dikawasan Gunung jagoi ini.
Penutup
Mengapa kenangan ini berharga – sebab kami meredah, mendaki dan trek melalui anak sungai yang menaik ke atas gunung. Hutan dia pun memberi ketahanan mental sebab tempatnya rumit untuk ditembusi, tumbuh-tumbuhan dibawah pokok-pokok yang tinggi terlalu lebat dibeberapa tempat atau laluan. Perjalannya me-laparkan.
- Soalan terbuka kepada pembaca: “Pernahkah anda merasai pengalaman mandi atau trekking ke sumber air kampung?”