Lada Sarawak (black pepper) memang pernah jadi ikon pertanian kita

Lada Hitam atau Lada Putih, Once the Golden Cash Crop, perlu suntikan baharu dari pihak berkepentingan untuk membangunkan industri penanaman ini kerana potensinya yang lumayan.

Mengapa lada Sarawak dahulu dianggap “emas hitam”?

  • Harga sangat tinggi pada zaman 70an–90an. Pada masa itu, boleh dikatakan tiada negara lain atau tempat lain yang menanam lada seperti di Sarawak. Petani dulu-dulu, selain menanam padi, tanaman lada lah yang diusahakan. Dulu-dulu timbang guna kati, bukan guna kilogram seperti sekarang. Siapa yang rajin dan tanam lada, memang keluarga itu akan jadi warga kampung yang berada, yang mampu berbelanja anak-anak masuk ke Universiti. masa itu, tiada pusat pendidikan tinggi atau Universiti di Sarawak. kalu mahu ke universiti, kenalah terbang ke Semenanjung Malaysia. Siapa yang mampu ke Universiti di Semenanjung malaysia..wah..Glamour kalau balik ke kawasan. !
  • Sumber utama pendapatan kampung – Pada masa itu, sumber kewangan utama orang sarawak ialah lada, selain getah, kopi atau koko. Tetapi semua “Cash Crop” ini sekarang tidak dikerjakan lagi. kemana perginya kita tahu lah..orang-orang baru mana mahu kerja tanam itu semua…kebanyakkannya tengok kerja ini tidak se-glamour macam orang kerja dibandar-bandar, atau orang-orang generasi baru tidak mempunyai tenaga macam orang dulu-dulu. Mungkin tenaga tidak sehebat generasi dulu dulu sebab banyak sangat makan makanan yang terhasil dari baja-baja dan racun rumput rumpai…
  • Banyak rumah batu, sekolah, gereja/masjid dibina hasil duit lada – kebanyakkan rumah batu / konkrit dan rumah ibadat dibina hasih daripada penanaman lada, selain “cash crop” yang lain..tetapi submber kewangan dari ladalah yang paling lumayan.

Faktor penurunan minat tanam lada 10–20 tahun kebelakangan ini.

  • Harga tidak stabil – dari sudut data ekonomi, harga lada tidak begiutu stabil kebelakangan ini oleh kerana beberapa negara lain pun sudah menanam lada untuk menampung keperluan dunia, seperti negara India, Thailand, cambodia, Vietnam dan Indonesia. Mereka menanam lada dengan cara yang lebih baik atau secara besar-besaran.
  • Kos input (baja, kayu sokongan) tinggi – Kos input yang kian meningkat kebelakangan ini seperti baja dan kos yang berkaitan. Kebelakangan ini, siapa-siapa yang menjadi penanam atau petani tahu sangat dengan harga baja yang naik sangat laju. Kenaikan harga input ini membuat “Break-Even-Point” tidak tercapai sampailah tananam lada mati. Mungkin petani pun boleh mati juga oleh kerana harga input seperti harga sekarang. Kos kayu sokongan pun naik mendadak. Mungkin kita perlu buat cara lain untuk tanam lada yang tidak perlu lagi kayu sokongan, selain menegai, petani boleh tanam juga secara mendatar…..tapi oleh kerana “budaya tanam menegak” susah untuk dikikis….jadi ini merumitkan industri tanam lada.
AI generated image – Tanam Lada secara mendatar
  • Buruh semakin susah didapati – Masaalah buruh macam masalah utama untuk penanam lada. Kebanyakkan anak-anak muda kampung lebih minat berkerja dibandar sebagai tukang kayu, tukan cement, tukang kimpal, makenik, pelayan dikedai-kedai dan sebagainya. Mereka nampak kerja sebagai petani, penanam lada ini mungkin macam kerja kotor..kasut kotor, baju, seluar akan kotor, bau peluh berbau dan tentunya tidak glamour.
  • Kos buruh import pun tinggi kalau kita mangaji orang untuk mengurus tananam lada kita. Kita kena bagi macam-macam untuk keselesaan buruh seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, kelengkapan dan lain lain kos yang berkaitan – sampai ke kos perubatan.

Perubahan harga lada dari 1980-an hingga sekarang.

  • Pernah cecah lebih RM20/kg. – tetapi harga menjunam semenjak negara-negara lain sudah mulai export keluaran mereka. Tapi saya percaya, negara lain seperti vietnam, pengeluar nombor #1 dunai buat masa kini, juga akan kehilangan penanam lada setelah negara mereka menjai negara “kilang” pembuatan atau aliran ekonomi berubah. Mungkin sekarang, tiba masanya sarawak pulih kembali penanam lada dimana kerajaan boleh membantu seperti menyediakan tapak untuk tananam ini. Menyediakan tapak seperti memberi grant atau sumber kewangan untuk membuat tapak yang lebih sesuai untuk tananam dan juga untuk pekerja.
  • yang nyata, harga terus turun mendadak bila Vietnam jadi pengeluar besar dunia.
  • Kini harga tidak setimpal dengan kos- dan tidak akan capai “Break-even point” sampai tananam itu mati atau petani undur diri dari tananam ini. Lebih baik tanan timun dan jagung untuk menyara keluarga.

Sokongan kerajaan & peranan MPB – tapi ini yang mencabar !

  • Ada bantuan anak benih, baja, subsidi – buat masa ini, masih sukar untuk berjaya tanpa pengawasan ketat. nanti kerajaan bagi baja, baja dijual ke tempat lain ! jadi lada terpaksa tidak menghasil buah yang banyak atau terus tumbuh kurus-kering !.
  • Latihan & kursus diberikan – ini pun masih sukar untuk menentu kejayaannya sebab kebanyakkan yang hadir mungkin peraih, bukan petani atau penanam. Pihak yang menganjur itu pun kadang -kadang kurang betul..yang dia mahu tengok kecapaian KPI dan wang ringgit dia – jadi dia akan terima sesiapa saja yang akan hadir kursus. Contohnya, saya pernah hadir kursus cara-cara tanam nenas…bukan saya mahu tanam nenas tapi saya mau lihat potensi pasaran nenas. Yang hadir pada masa itu pun 90% dari lebih 30 orang bukan petani tetapi individu-individu yang sudah pencen untuk memenuhi masa lapang mereka, suri rumah, dan orang-orang yang ingin masyarakt tengok dia seperti orang yang penting!.

Cabaran penyakit & perosak.

AI generated image for Illustration only – Reput akar (Phytophthora).

Penyakit ini perlu racun dan kawalan rapi yang memakan belanja yang tinggi, sebab bukan untuk satu pokok sahaja tetapi mungkan merebak ke pokok yang lain.

Pokok lada terdedah kepada berbagai penyakit. kalau musim hujan, jenis penyakit musim hujan akan melanda. kalau musim cuaca kering berpanjangan, pelbagai penyakit pokok lada akan timbul. Singkatnya…pokok lada terdedah kepada berbagai penyakit. Burung-burung yang berterbangan dan juga suka membuat sarangnya diatas pokok lada, membawa penyakit juga kepda tananam ini.

Kesan cuaca & perubahan iklim.
  • Hujan berlebihan → reput akar.
  • Musim kering panjang → pokok mati.
  • Cuaca tak menentu ganggu hasil.

Teknologi moden bantu produktiviti – Perlu beralih ke pengunaan cara menjaga tananam lada ke arah teknologi yang lebih modern, seperti:-

  • Sistem fertigasi, tanam secara mendatar dan pelepasan baja secara berkawal.
  • menyelidik untuk mendapat varieti tumbuhan yang ada daya tahan penyakit untuk ditanam.

Penyakit lain – Penyakit ini adalah peraih-peraih / middleman – mereka pandai memancing petani untuk melepaskan jualan lada mereka dengan harga lebih murah. Petani tetap jual sebab mereka tidak perlu bersusah payah mengharung cabaran untuk menghantar terus ke kilang – yang pastinya kilang terletak berpuluh-puluh kilometer dari kampung mereka.

Promosi “Sarawak Pepper” sebagai premium

Untuk memajukan Sarawak pepper, promosi sarawak pepper, saya kurang pasti sama ada dibuat atau tidak dengan hebat di pasaran antaranangsa. Tapi saya rasa pasti ada sebab lembaga lada diterajui oleh orang-orang yang berkuasa dan berpangkat tinggi ….

  • Tonjolkan Kualiti dan Aroma yang Unik – ia pasti berlainan aroma kala dibandingkan dengan lada yang datang dari Vietnam atau Indonesia, sebab lada yang ditanam dileleng bukit di Borneo pastinya lebih “kuat” aromanya dibandkan dengan yang ditanam diatas tanah gambut atau tanah rata.

Gabungkan Industri pelancongan dengan kebun lada

AI Generated Image for illustration only
  • Agrotourism → lawatan ladang lada – Sarawak masih lagi kurang tempat pelancungan yang mantap. Mungkin lawatan ke ladang lada sambil makan makanan yang dimasak dengan ingredient Lada segar. Pasti hebat kalau makan ditengah hari sampai berpeluh.
  • Homestay dan lawatan kebun – ini yang menarik sebab kalau pelancong menginap di Homestay Kebun lada, mereka akan menikmati pandangan kebun lada yang indah barisan tananam lada.mereka berpeluang untuk mengikuti memetik atau mengikuti proses-proses mengurus hasil lada.

More From Author

Accelerating Prices of food and drink in the market

Trekking bersama rakan-rakan dikawasan Kpg Jagoi Duyoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *