1. Apa yang Berlaku di Indonesia
Beberapa minggu yang lalu, rusuhan bermula dengan kematian rider Grab, meletup kerana kerana penyambungan cerita tentang kemarahan rakyat terhadap korupsi, jurang kaya-miskin, gaya hidup mewah pemimpin yang macam tidak terhingga. Kisah rasuah diseberang sana bukan cerita tahun 2000 tapi cerita semenjak saya kenal dunia. Bukan pilihan mereka tetapi olehkerana keadaan..macam keadaan “semulajadi”…
“Di seberang sana, api sudah marak, letupan dan kebakaran berbagai-bagai harta benda, mengangkut hartabenda pak menteri dan lain-lain. Soalnya – apakah kita di sini belajar, atau hanya berpura-pura belajar?”

2. Pengajaran
S: Adakah rusuhan di Indonesia benar-benar menjadi pengajaran kepada ahli politik Malaysia, atau sekadar jadi bahan berita yang dilupakan selepas dua minggu?
J: Di Malaysia, ramai kata kita lebih “tolerant”, tapi sebenarnya kita cuma belum jumpa titik letupan. Sampai hari ini belum lagi kita lihat atau dengar menteri-menteri atau YB YB Malaysia memberi ulasan atau komen berkaitan penyebab kemarahan rakyat jiran kita..cuma yang ada satu dua orang sahaja.
Di Indonesia telah membuktikan..Titik letupan tidak perlu besar…
3. Gaya Hidup Pemimpin
S: Kenapa pemimpin atau isteri kepada pemimpin suka sangat tunjuk handbag, kereta mewah, makan malam eksklusif di Sosial media ? Untuk rakyat atau untuk lawan sesama mereka?
J: Seringkali “pertunjukkan ini” bukan untuk rakyat – tetapi untuk compete dalam circle elit sendiri. Bila seorang tunjuk, yang lain rasa perlu ikut. Sama seperti perempuan yang bersolek. Mereka bersolek bukan semata-mata untuk “pertunjukkan” kepada kaum lelaki tetapi lebih kepada wanita-wanita lain.
Kita sedar memang pemimpin-pemimpin tahu bukan niat mereka untuk menunjuk macam “berlawan” dengan rakyat biasa tetapi lebih kepada rakan-rakan seperjuangan atau sesama mereka. Tapi “malangnya” pada masa kini, pak cik di kampung pun boleh lihat dan tonton tayangan itu bila-bila masa.
S: Kalau mereka berhenti show off, adakah itu bermakna mereka berhenti kumpul kekayaan?
J: Tidak semestinya. Itu cuma bermakna mereka lebih berhati-hati untuk tidak provoke kemarahan rakyat. Sebenarnya atau disebalik kisah duka yang berlaku di negara jiran mungkin membuka lembaran baru untuk para pemimpin menukar arah. ..tidak bermakna menukar arah tidak akan sentuh hak rakyat dengan cara “penyamun” tetapi akan terus menyentuh tetapi dengan cara yang lebih senyap-senyap…tapi ini bukan apply kepada semua pemimpin tetapi segelintir daripada mereka sahaja.

4. Kekayaan Tersembunyi
S: Bila pemimpin tidak lagi menunjuk, adakah lebih senang mereka sembunyikan harta melalui proksi, akaun luar negara, atau aset senyap?
J: Inilah paradoksnya. Tanpa show-off, rakyat rasa lega, tapi realitinya, game masih berjalan – cuma lebih senyap..memang seseorang pemimpin tunggu saat -saat bergini untuk menyenangkan lagi operasi kegiatan “menceduk” apa yang ada….
S: Mana lebih bahaya untuk rakyat – pemimpin yang tunjuk-tunjuk atau pemimpin yang diam-diam simpan berbilion?
J: Yang diam-diam sebenarnya lebih bahaya, sebab rakyat tak nampak, tak marah, dan akhirnya terima saja keadaan. lagipun cara bergini pemimpin mempunyai lebih advantage. Didalam negara, ada kes baru-baru ini pemimpin negara terceduk..pemimpin yang diam-diam, rakyat pun susah hendak percaya dia melakukannya menyimpan beratus juta simpanan wang tunai….tidak perlu dinyatkan disini..kalau mahu tahu…google sahaja….
5. Politik Malaysia
S: Adakah benar rakyat Malaysia puas hati hanya dengan “release valve” di media sosial?
J: Buat masa ini, ya. Tapi apa jadi bila satu hari social media tak cukup lagi untuk salurkan marah? Dan juga, masa kini, belum lagi mencapai jumlah rakyat yang kecewa, lapar, menggangur, tiada sumber kewangan dan macam macam hal lain yang teruk. Kerajaan masih mampu bertahan mengekang dengan bantuan kewangan secara kecil-kecilan untuk meredakan keadaan. Harapan tinggi supaya ini tidak akan berlaku dinegara ini..ia amat menyiksakan semua pihak yang masih hidup dinegara ini.
S: Apakah kita sebenarnya lebih “tolerant”, atau kita sedang duduk atas gunung berapi yang tidur?
J: “Tolerant” hanya selagi periuk nasi rakyat tidak disentuh secara kasar. Bila periuk nasi pecah, sabar boleh hilang sekelip mata, dan periuk nasi pun macam silap mata sekelip mata menjadi periuk api…yang boleh meledakkan kereta kebal…Jadi sesiapa yang menjadi pemimpin, jangan main-main lagi sebab incident seperti dinegara jiran tidak asing bagi mana-mana negara..hanya tunggu masa periuk nasi bertukar menjadi periuk api.
6. Masa Depan
S: Adakah pemimpin kita berani belajar dari kesilapan jiran, atau teruskan budaya “asal kaya asal selamat”?
J: Kalau mereka ambil kesempatan untuk guna alasan “kami sudah belajar” hanya untuk menutup gaya hidup mewah, tapi tetap menyedut kekayaan senyap-senyap – Tapi seperti juga pengajaran lain..ia akan mengambil masa. kalau pun selalu diingatkan, ada masa-masa terlondeh juga sebab lalai..kalau bukan mereka, anak-anak mereka, cucu-cucu mereka atau isteri-isteri mereka…tanpa disedari…tayang kemewahan disosial media atau di majlis-majlis.
S: Apa pilihan rakyat? Tunggu rusuhan berlaku dahulu baru mahu berubah, atau gunakan ballot box sekarang untuk kawal keadaan?
J: Jawapannya ada di tangan rakyat. Api boleh dicegah, tapi kalau dibiarkan, ia akan menyala juga…lumrah manusia…Tapi pada masa kini, Pemimpin Utama negara #1 belum lagi ada kes dan juga keluarga beliau pun tidak mudah dikaitkan dengan kes-kes rasuah.
7. Realiti Pahit
Indonesia sudah bagi amaran. Malaysia masih ada masa. Tetapi masa itu cepat habis kalau pemimpin terus berfikir rakyat itu tidak nampak, tidak faham, dan tidak peduli.”
Buat masa kini, kita ada dua pilihan:
- Pemimpin berubah dengan sukarela.
- Atau mereka akan dipaksa berubah oleh keadaan.
Dan bila keadaan yang memaksa, harga yang perlu dibayar jauh lebih mahal daripada sekadar undi di kotak pilihan raya.